Elakkan Sengketa Dikalangan Parti-Parti Melayu – Annuar Musa

- Advertisement -

CYBERJAYA: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menggesa Parti- parti politik orang Melayu dan gerakan politik Islam hendaklah sentiasa bergandingan dan menggelakkan sengketa dikalangan mereka bagi mengelakkan perpecahan dan rasa ketiadakpuashatian bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU15) akan datang.

Menurutnya lagi, parti-parti yang terdiri dari gandingan UMNO, BERSATU, PAS berwaspada tentang kewujudan gerakan dari luar untuk melemahkan kesatuan dan muafakat umat yang telah terbina selepas Pilihan Raya Umum (PRU14) yang lepas.

“GANDINGAN UMNO PAS PPBM GPS, yang menumbangkan pemerintahan Pakatan Harapan yang dilihat pro liberal dan pro sosialis memberi tamparan habat kepada gerakan antarabangsa yang tertentu..”,

“Kegagalan mereka membawa ICERD, STATUT ROME ,KOMINIS MALAYA LGBT dan lain-lain membuatkan mereka kini cuba bangkit semula di bawah satu GRAND OPPOSITION COALITION,” tegas Annuar Musa.

Annuar juga mengingatkan sekiranya muafakat dikalangan parti-parti tersebut seperti Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tiba-tiba runtuh, sudah pasti mereka (Pakatan Harapan) akan kembali semula.

“PRU15 adalah sebenarnya THE MOTHER OF ALL PRUs.

“Para pejuang rakyat hendaklah perkasakan jati diri dan bangkit dengan semangat juang yang kental seperti para wira di BADAR AL QUBRA.

“Jangan berpecah seperti pedoman dan pesan iktibar di JABAL UHUD.

“Awasi segenap gerakan..rapatkan saf perjuangan rakyat berbilang bangsa…,” katanya -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat