Peranan NADI terus diperkukuh, bantu pembangunan belia Sabah

PUTATAN – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) mampu memainkan peranan yang amat penting dalam mencorakkan masa
depan serta pembangunan golongan belia di Sabah.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato’ Dr. Johari bin Abdul berkata, NADI
kini bukan lagi sekadar sebuah tempat untuk mendapatkan akses Internet
semata-mata sebaliknya ruang pembelajaran yang kondusif, tempat anak muda
memperoleh bimbingan, membina kemahiran dan membuka peluang kerjaya
baharu.

Menurutnya, penglibatan belia Sabah dalam program Perkhidmatan Pintar
anjuran NADI seperti pertandingan keselamatan siber, penglibatan dalam TVET
kreatif dan kejayaan usahawan muda negeri mengembangkan produk tempatan
melalui latihan keusahawanan NADI, membuktikan impak yang dimainkan oleh
NADI.

”Kisah-kisah kejayaan ini menunjukkan potensi besar belia Sabah apabila diberi
ruang, sokongan dan persekitaran pembelajaran yang sesuai,” katanya ketika
menghadiri Program Hari Bersama Komuniti (HBK) di NADI Kampung
Kopimpinan, Putatan, Sabah. Ini merupakan program kedua beliau bersama
komuniti belia di Sabah selepas sesi “Kupi-Kupi Sama Speaker Bah!” yang
diadakan di NADI Bandar Putra dan akan datang di NADI Dermaga.

Dalam sesi bersama komuniti, Tan Sri Johari turut menyatakan hasrat beliau
untuk melihat NADI berkembang sebagai platform utama melatih generasi muda
memahami demokrasi dan proses membuat keputusan negara. Setakat
September 2025 yang lalu, sebanyak 131 Pusat Sebaran Maklumat Nasional
(NADI) kini beroperasi di seluruh Sabah dengan jumlah kos operasi kira-kira
RM210 juta untuk lima (5) tahun.

Melalui inisiatif seperti Program Sekolah Parlimen, Parlimen Belia dan kerjasama
dengan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), beliau yakin NADI mampu menjadi pusat rujukan kepimpinan yang melahirkan belia berani bersuara, berfikir secara kritikal dan berupaya mewakili masyarakat pada masa hadapan. Pembangunan belia tegas beliau, mesti seimbang antara penguasaan teknologi dengan pembentukan nilai diri, etika digital serta tanggungjawab sebagai seorang warganegara.

 

Lawatan kerja hari ini mengukuhkan keyakinan bahawa kerjasama berterusan
antara kerajaan, agensi pelaksana dengan komuniti setempat akan terus
memperkasa belia Sabah melalui pelbagai program yang inklusif, relevan dan
memberi impak jangka panjang.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat