Malik Choo tampil dengan aura baru ‘Apa Saja’ dedah sisi dewasanya dalam cinta

Selepas mencuri hati ramai dengan lagu ceria ‘Suka Kamu’, Malik Choo kembali dengan nuansa yang jauh lebih mendalam dalam single terbarunya, ‘Apa Saja’. Kali ini, Malik bukan sekadar membawa lagu cinta biasa dia membawa cerita, pengalaman dan rasa yang lebih peribadi. Single ini bakal dilancarkan 31 Oktober 2025 dan sejak awal lagi, ia sudah mencuri perhatian peminat yang menantikan kelainan daripadanya.

Kalau kita ibaratkan perjalanan muzik Malik macam babak dalam sebuah drama cinta, ‘Suka Kamu’ ialah episod awal yang penuh gelak tawa, manis, dan rasa suka yang tak tahu nak ungkap. Tapi ‘Apa Saja’ pula adalah episod di mana watak-watak mula belajar tentang komitmen, kesetiaan dan pengorbanan.

Melalui lirik ciptaan Mambang, lagu ini menyelami momen-momen yang jarang kita cakapkan secara terbuka tentang menghargai seseorang bukan sebab mereka sempurna, tetapi sebab mereka hadir ketika kita paling memerlukan. Rasa cinta yang Malik sampaikan kali ini lebih matang, lebih jujur, dan lebih realistik.

Korusnya yang simple tapi kuat“Apa Saja Untuk Kamu”ibarat ringkasan kepada seluruh mesej lagu. Dalam realiti kehidupan, cinta bukan hanya tentang gembira. Ia tentang memilih seseorang setiap hari walaupun ada waktu sukar. Lagu ini bagaikan peringatan lembut tentang itu.

Satu aspek yang menjadikan ‘Apa Saja’ lebih special ialah kemunculan semula “trio ajaib” Malik, Altimet dan Cuurley. Gabungan mereka bukan asing bagi peminat, memandangkan kolaborasi mereka sebelum ini melalui lagu ‘Kita Jaga Kita’ bukan sekadar trending, malah menjadi lagu semangat ketika negara melalui waktu sukar.

Chemistry mereka bertiga ibarat sudah disusun sejak awal. Altimet datang dengan kepakaran mencipta naratif dan struktur, Cuurley pula mengisi ruang melodi dengan rasa dan groove kontemporari, manakala Malik membawa vokal yang semakin matang warnanya. Bila tiga kepala kreatif ini bersatu, hasilnya jarang mengecewakan dan ‘Apa Saja’ adalah bukti terbaru.

Untuk melengkapkan pengalaman emosi, video muzik ‘Apa Saja’ diarahkan oleh Azarikh, seorang pengarah yang terkenal dengan gaya visual puitis dan simbolik. MV ini membawakan tema pengorbanan dalam hubungan bukan pengorbanan dramatik, tetapi pengorbanan kecil yang kita buat setiap hari untuk orang yang kita sayang.

Menariknya, Nasuha Sulaiman kembali sebagai pelakon utama dalam MV tersebut. Kalau dalam ‘Suka Kamu’ penonton melihat sisi hubungan yang comel dan ringan, kali ini penonton dapat melihat hubungan yang lebih matang di antara dua watak. Ada momen-momen kecil yang sarat makna seperti renungan, diam yang berbicara, dan keputusan-keputusan kecil yang dibuat demi menjaga hati pasangan.

Azarikh menggunakan tone warna, pergerakan kamera dan emosi pelakon untuk memaparkan kisah cinta yang penuh pengorbanan tapi tetap lembut. Pendekatan visualnya menjadikan ‘Apa Saja’ bukan sekadar lagu tapi satu pengalaman cerita.

Satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana Malik kini berada pada platform yang kukuh. Melalui Dana Kebolehan Pasaran Industri Muzik DKK (Domestik 2.0) dengan sokongan MyCreative Ventures dan KKMM, Malik mendapat ruang dan sumber untuk berkarya lebih jauh.

Bukan itu sahaja, pelancaran bersama Sony Music Entertainment Malaysia membuka peluang lebih luas untuk lagu ini menembusi pasaran antarabangsa. Dalam era di mana bakat tempatan semakin bersinar di luar negara, langkah ini adalah permulaan yang penting untuk Malik membina jejak globalnya.

Apa yang membuat ‘Apa Saja’ lebih menarik ialah bagaimana ia menyerlahkan evolusi Malik sebagai artis. Kita dapat melihat transformasi daripada seorang penyanyi muda yang membawa lagu romantik ringan, kepada artis yang berani menceritakan sisi cinta yang lebih real dan matang.

Hal ini menunjukkan Malik bukan hanya menyanyi untuk hibura dia menyanyi untuk bercerita. Dan cerita yang dibawanya dalam ‘Apa Saja’ adalah cerita yang ramai boleh relate: cinta yang tidak sempurna, tetapi tulus; cinta yang tidak selalu mudah, tetapi tetap dipilih.

Dengan gaya penulisan lagu yang semakin kuat, vokal yang semakin matang, dan sokongan industri yang kukuh, Malik berada pada landasan untuk bergerak lebih jauh dalam dunia muzik.

Bagi peminat yang menunggu perkembangan Malik, anda boleh mengikuti perjalanan seninya di Instagram, TikTok dan Twitter @malikchoo. Melihat bagaimana Malik semakin bereksperimen dengan muzik, visual dan cerita, ramai pasti tertanya-tanya—apakah selepas ini? Balada lagi? Lagu upbeat? Atau mungkin genre totally berbeza?

Apa pun, ‘Apa Saja’ membuktikan satu perkara penting: Malik Choo bukan hanya hadir untuk satu musim. Dia hadir untuk bertahan, berkembang, dan mengukuhkan identiti muziknya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat