Banjir Di Perak Tambah Buruk, Lebih 700 Orang Berlindung Di PPS

Buktikan suara BN kuat, luluskan pengeluaran KWSP, lanjut moratarium

KUALA LUMPUR - Menteri Kabinet dari blok Barisan Nasional (BN) harus memastikan isu moratarium automatik dan pengeluaran one off sebanyak RM10,000 daripada Akaun 1...

Anggap Malaysia negara sahabat baik, China akan beri keutamaan vaksin COVID-19 – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Malaysia telah disenaraikan sebagai negara yang akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin COVID-19 daripada China,  kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin berkata...

Belanjawan Johor 2021: Pengurusan sumber air diperkasa

KUALA LUMPUR – Johor amat komited untuk menjamin kualiti air bersih demi kelangsungan hidup rakyat oleh itu, kerajaan negeri bersetuju untuk membangunkan infrastruktur pengurusan...

Agong perkenan anugerah pingat PGB kepada dua anggota PGA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah, berkenan menganugerahkan pingat Panglima Gagah Berani (PGB) kepada mendiang Sarjan Baharuddin Ramli...

“Cuti Daripada Terajui UMNO Zahid Rasa Seolah-Olah Bernafas Dalam Lumpur”

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahidi mendedahkan beliau pernah cuba memberikan tanggungjawab Presiden UMNO kepada orang lain tetapi parti itu tidak menjadi...

IPOH – Banjir kilat susulan hujan lebat di Perak bertambah buruk dengan jumlah penduduk yang dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat sekali ganda daripada 319 orang pada 9 malam tadi kepada 736 setakat pukul 6 pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata daerah paling teruk terjejas adalah Larut, Matang dan Selama (LMS) dengan jumlah keseluruhan penduduk dipindahkan ke empat PPS seramai 569 orang.

Katanya terbaharu, sebuah lagi PPS dibuka di LMS iaitu di Masjid Toh Paduka, Ijok kira-kira pukul 7 malam tadi yang menempatkan 364 orang dari Kampung Bendang Luas, Kampung Teras, Kampung Masjid dan Kampung Baru Gelugor.

“Selain itu, PPS lain di LMS adalah dewan orang ramai Kampung Seri Ara yang menempatkan 55 orang selepas kampung itu dilanda banjir kilat; 47 lagi berada di Sekolah Rendah Agama Rakyat Ngah Ibrahim, Matang dan di Dewan Semai Bakti Felda Ijok terdapat 103 orang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, bagi daerah Kerian terdapat 152 orang berlindung di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman, Bagan Serai yang dibuka sejak Jumaat lepas selepas tujuh kampung dilanda banjir kilat antaranya Kampung Tebuk Panchur, Kampung Alor Setanggok, Kampung Tanjung Bugis dan Kampung Parit Abu Hassan Ban.

Katanya, di Hilir Perak pula seramai 15 orang ditempatkan di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan selepas kediaman mereka di Kampung Belakang Kilang Kacang dan Lorong Bendera 1, Kampung Sungai Tukang Sidin dinaiki air susulan banjir kilat.

Operasi memindahkan penduduk dan penugasan di PPS melibatkan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, bomba, polis, dan Rela.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Dakwaan PAS Tolak Umno Tanpa Bersatu Tidak Tepat – Asyraf Wajdi

CYBERJAYA: Dakwaan mengatakan Pas tidak akan bersama UMNO tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai rakan sekutu tidak tepat, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk...

Covid-19: Menteri saran industri perkahwinan tukar bidang

KUALA LUMPUR- Pemain industri perkahwinan yang terkesan susulan prosedur operasi standard (SOP) ketika negara dilanda pandemik Covid-19 disaran bertukar kepada bidang perniagaan lain yang...

Syed Saddiq kenapa naik bot bendera BN?

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuktikan beliau pemimpin berjiwa besar tanpa memilih ideologi politik rakyat untuk dibantu. Dalam catatan...

Berita Berkaitan