Annuar Musa antara nama calon PN dicadang PRK Kemaman

SHAH ALAM: Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKOM), Tan Sri Annuar Musa antara nama dicadang sebagai calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman yang akan berlangsung 02 Disember depan.

Menurut Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, selain Annuar Musa, ada juga yang mencadangkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga Che Alias (Hamid).

Beliau juga turut mengesahkan PRK Kemaman yang akan berlangsung nanti calonnya daripada PAS.

“Ramai yang cadang beberapa nama, ada yang cadang nama Dr Mahathir untuk turun bertanding, ada yang cadang Annuar Musa, ada yang cadang Che Alias (Hamid), calon kita sekarang yang telah capai majoriti 25,000 baru-baru ini.

“(Pada) PRK Kemaman, calonnya daripada PAS, insya-Allah,” kata Tuan Ibrahim dalam ceramah perdana sempena Muktamar PAS ke-69, lapor FMT.

Bagaimanapun jelasnya, parti itu belum membuat keputusan muktamad kerana perlu melalui proses tapisan Majlis Syura.

Sebelum ini dilaporkan bahawa PAS mengesahkan Che Alias, iaitu bekas Ahli Parlimen Kemaman, antara nama disenarai untuk sekali lagi dipertaruhkan pada PRK itu.

“Di Kemaman, PAS mahu mencontohi kemenangan pada PRK Kuala Terengganu,” kata Tuan Ibrahim lagi.

Terdahulu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept membatalkan kemenangan Che Alias di Parlimen Kemaman pada PRU15 selepas mendapati bantuan i-Belia dan i-Siswa diberi kerajaan negeri kepada pengundi semasa tempoh berkempen adalah rasuah.

Pada PRU-15, Che Alias memenangi kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi selepas menewaskan tiga calon lain termasuk bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Pada Jun lepas, kemenangan PN di Parlimen Kuala Terengganu turut dibatalkan atas alasan sama, namun PAS tidak merayu keputusan itu sekali gus membawa kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) serentak dengan PRN di enam negeri lain pada bulan lepas.

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat