Dulu jerit reformasi kini sekat kebebasan bersuara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kini kebebasan bersuara terhad kepada kelompok menyokong kerajaan sahaja.

Bidas beliau, sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di luar kerajaan, laungan reformasi dijerit-jerit.

“Antara reformasi yang dituntut ialah kebebasan bersuara dan kebebasan media cetak.

“Sekarang kebebasan bersuara terhad kepada menyokong kerajaan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Dr Mahathir menyatakan, pada masa ini, kenyataan yang benar dari segi sejarah dianggap oleh media cetak sebagai hasutan.

“Dengan larangan 3R, mulut rakyat tertutup.

“Dahulu semasa PMX berada di luar kerajaan, laungan reformasi dijerit-jerit,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat