Ahli Parlimen lapor polis, dakwa difitnah hisap vape di Dewan Rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz membuat laporan polis kerana mendakwa difitnah menghisap vape di Dewan Rakyat.

Katanya, laporan polis dibuat pegawai khasnya, Wan Mohd Faissol Ismail di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, kira-kira jam 11.18 pagi tadi.

Ikmal Hisham berkata, penyiaran gambarnya di akaun X (dahulu Twitter) @sadiqasyraf untuk menjejaskan imej, kredibiliti dan reputasi beliau.

“Pemilik akaun X terbabit berniat jahat apabila menuduh saya menghisap vape, sedangkan apa yang saya pegang ketika itu sebatang pen yang secara spontan diletak di bibir seketika sahaja,” katanya.

Katanya, atas sebab itu laporan polis dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan dan seterusnya mengambil tindakan terhadap penyiaran gambar berkenaan.

Menurut beliau, selain laporan polis berkenaan, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik akaun X @sadiqasyraf.

“Tindakan undang-undang bagi menuntut beliau meminta maaf atas fitnah yang dilakukan sehingga ia menjejaskan reputasi saya.

“Ia turut mengakibatkan saya menjadi mangsa serangan dalam media soial akibat penyiaran gambar tidak bertanggungjawab berkenaan,” katanya.

Ikmal Hisham berkata, beliau bukan perokok dan tidak pernah menghisap rokok atau vape.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi BH, hari ini mengesahkan menerima laporan berkaitan perkara itu.

“Ya. Kita ada terima laporan polis yang dibuat bagi tujuan tindakan lanjut oleh pihak pengadu,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat