Pentadbiran Muhyiddin Gagal Lebih Teruk – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerang Perdana Menteri berbaur sabotaj terhadap kerajaan campuran Keluarga Malaysia.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebaliknya mengingatkan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang menyerang Perdana Menteri di platform media sosial itu supaya ‘cermin diri’.

“Apabila Muhyiddin menggambarkan Perdana Menteri sedia ada sebagai gagal sedangkan negara berdepan kegagalan teruk semasa beliau menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

“Seramai 10,317 individu diisytihar muflis mulai Mac 2020 dan sebanyak 37,415 perniagaan ‘gulung tikar’ berikutan terkesan akibat pandemik Covid-19

“Malah proses pemulihan ekonomi negara pasca pandemik malah berjalan pada kadar yang perlahan semasa negara mempunyai sebuah badan yang diketuai beliau untuk memulihkan negara,” bidas Zahid.

Selain itu Pengerusi BN menegaskan, Malaysia juga tidak boleh meletakkan harapan kepada Pakatan Harapan (PH) untuk memulihkan negara kerana kerosakan ekonomi telah pun bermula seawal mereka memenangi PRU-14.

Ironinya, Pengerusi MPN merangkap Pengerusi PN juga merupakan sebahagian anggota Kabinet Kerajaan PH ketika itu. Apakah individu yang pernah gagal berkali-kali layak menuduh individu lain sebagai gagal jua? kata Zahid.

Tambah beliau, tindakan Presiden Bersatu ‘menyerang’ Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara terbuka membuktikan sebuah ketidakstabilan.

Jelas Zahid ketidakstabilan ini yang menyulitkan kerajaan untuk berfungsi sebagai sebuah pasukan dalam mendepani cabaran semasa dan akan datang.

“Ketidakstabilan itu yang memperjudikan nasib serta masa depan rakyat dan negara ekoran tiada kebersamaan dalam kalangan pembuat dasar.

“Pentadbiran kerajaan saling tuduh menuduh memberi gambaran negatif kepada pelabur sekali gus menyukarkan usaha negara bangkit daripada kemusnahan pandemik,” ujarnya.

Justeru, kata beliau rakyat seharusnya semakin boleh menilai tentang kebenaran yang dibangkitkan Umno mengenai ketidakstabilan yang wajib dipulihkan.

“Ia amat mustahak direalisasikan segera kerana sebuah kerajaan yang kukuh sangat diperlukan bagi mendepani risiko kemelesetan ekonomi dunia yang diramalkan tahun depan,” tegas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu lagi.

Dalam pada itu, beliau juga menyebut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) baru-baru ini tidak menolak kemungkinan kemelesetan ekonomi global akan berlaku pada tahun 2023.

“Prospek ekonomi global malah dilaporkan telah “menjadi gelap dengan ketara” sehingga mendorong unjuran pertumbuhan ekonomi global diturunkan pada 3.6 peratus.

“Dengan demikian Malaysia perlu berada pada kedudukan paling kukuh dan stabil termasuk dalam aspek tadbir urus bagi membentengi negara daripada risiko itu.

“Kemelesetan ekonomi global jika terjadi dan gagal diuruskan dengan berkesan boleh mengundang implikasi besar kepada kemaslahatan rakyat keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat