KKM Tak Boleh Dedah Maklumat Kesihatan Najib – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak boleh mendedahkan maklumat kesihatan Datuk Seri Najib Razak kepada umum sebaliknya hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM mempunyai tanggungjawab mematuhi tata etika kerahsiaan pesakit di bawah Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012).

“Sebarang maklumat terperinci mengenai kesihatan seseorang pesakit hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah (sekiranya diarahkan mahkamah),” jelas beliau.

Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa Najib dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan oleh pakar perubatan susulan perintah Mahkamah Tinggi pada 12 September lalu.

Ujar beliau ini susulan keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri itu tidak memuaskan.

“Ini adalah selaras dengan Seksyen 37 Akta Penjara.

“Penyiasatan klinikal, perawatan dan pemantauan telah dijalankan oleh pihak KKM dan laporan perubatan akan dikemukakan kepada mahkamah (atas perintah mahkamah).

“Namun pada masa yang sama KKM mempunyai tanggungjawab mematuhi tata etika kerahsiaan pesakit di bawah Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012). Sebarang maklumat terperinci mengenai kesihatan seseorang pesakit hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah (sekiranya diarahkan mahkamah),” kata beliau.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan tiada layanan istimewa diberikan kepada Najib yang kini dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC).

Sebaliknya, kata Khairy layanan yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri itu mengikut prosedur standard kementerian untuk semua banduan yang memerlukan rawatan perubatan.

Menurut Khairy, sebelum ini Najib dirujuk ke HKL berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya serta menjalani beberapa ujian.

“Susulan itu, beliau dirujuk ke Hospital Rehabilitasi Cheras kerana rawatan susulannya memerlukan fisioterapi.

“Beliau akan diajar bagaimana untuk melakukan (fisioterapi) sendiri, kerana beliau akan dibenarkan keluar sebaik sahaja pakar berpuas hati dengan keadaan kesihatannya,” katanya.

Jelas Khairy lagi , apa yang dilalui Najib adalah prosedur biasa, iaitu setiap banduan akan dihantar balik ke penjara sebaik sahaja menerima pelepasan doktor.

Kementerian Kesihatan menjalankan tugas secara profesional mengikut prosedur dan garis panduan,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat