Kerajaan bekal, tanggung kos beli kit ujian kendiri untuk pelajar asrama penuh- Menteri Pendidikan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pembelian kit ujian kendiri COVID-19 akan ditanggung dan dibekal sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan (KPM) kepada semua sekolah berasrama penuh di seluruh negara,” kata Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Kata beliau, tujuan kerajaan menanggung kos itu adalah untuk meringankan beban ibu bapa untuk menanggung kos tersebut, sekali gus mereka tidak perlu membeli kit berkenaan bagi membenarkan anak mereka hadir ke sekolah berasrama penuh.

“Ya, kita akan sediakan kepada semua sekolah asrama penuh. Katakanlah sekolah asrama penuhnya berada di Kuala Lumpur murid ini berada di Terengganu, sekiranya mereka menaiki bas, kita akan kumpulkan mereka di salah sebuah sekolah asrama di Terengganu. Kita berikan kit kepada mereka untuk buat ujian, sekiranya negatif mereka boleh naik bas.

“Kerajaan menanggung untuk anak-anak yang akan masuk ke asrama dan juga kita akan sediakan di semua sekolah berasrama penuh seluruh negara,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi bagi Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat, pada Rabu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat