LRT dan MRT Tergendala Akibat Hujan Lebat Hampir Sejam

- Advertisement -

PETALING JAYA – Kebanyakan laluan di ibu negara sesak manakala beberapa pengangkutan sistem transit aliran ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) turut terkandas ketika hujan lebat hampir sejam bermula pukul 4 petang tadi.

Difahamkan laluan paling teruk sesak ialah Lebuh Raya Persekutuan, Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Grand Saga.

Semua laluan sama ada ke pusat bandar atau menuju ke selatan dan Shah Alam sesak.

Terdapat aduan orang awam yang menggunakan LRT di Subang Jaya manakala MRT menghala ke Kajang juga terkandas.

Bagaimanapun, perkhidmatan MRT dan LRT ketika ini dilaporkan pulih namun kenderaan di semua laluan utama keluar ibu negara masih sesak.

Sementara itu, Bahagian Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, beberapa kawasan berlaku pokok tumbang iaitu di hadapan Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Jalan Dutamas, di hadapan 163 Kondominium di Mont Kiata Pines, Lorong Duta 4 Bukit Tunku dan Jalan Ismail Ghaney, Kampung Kasipillay.

Menurut beliau, kejadian pokok tumbang turut dilaporkan berlaku di Jalan Beruas Damansara Height menyebabkan sebuah kereta dan tiga buah motosikal dihempap pokok.

“Pokok tumbang juga berlaku di Royal Domin Sri Putra Mas 2, Jalan Kuang serta Jalan Lembah Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur menyebabkan lalu-lintas turut terganggu,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat