Neelofa lega produk inai terbukti halal

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Selebriti dan usahawan popular, Neelofa lega apabila produk inai keluaran syarikatnya terbukti menggunakan bahan kandungan halal dan telap air .

Neelofa atau atau nama sebenarya Noor Neelofa Mohd Nor, 33, berkata, pihaknya bersyukur apabila segala keraguan dapat diperjelaskan melalui satu kerjasama kajian dengan pensyarah dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya Dr Mohd Zul Helmi Rozaini.

“Saya dah tahu dari awal material produk ini halal dan sah solat, namum masih timbul keraguan dalam kalangan netizen dan menjadi tular.

“Untuk saya buktikan kepada orang tak cukup dengan kata-kata. Jadi kami bekerjasama dengan UMT bagi menjawab segala keraguan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan seronok apabila hasil kajian dilakukan sememangnya membuktikan bahawa inai ini telap air,” katanya ketika ditemui dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, isi berkaitan inai mula menjadi bualan ramai apabila netizen mempertikaikan status produk itu dan turut membuat video seolah-olah ia tidak sah dibawa solat.

Menurut Neelofa,  dugaan yang berlaku membuatkan dia tidak dapat tidur lena selain memberi kesan kepada perniagaan.

“Jujur bila isu ini timbul kami memang tak tidur malam memikirkannya. Rasa sedih, kecewa dan geram. Tapi kami sedia maklum yang ramai risau. Jadi inilah usaha untuk menjelaskan semua keraguan.

“Apa yang berlaku turut memberi kesan kepada perniagaan apabila ramai yang was-was untuk beli produk ini,” katanya.

Sementara itu suami kepada Neelofa iaitu Mohd Haris Ismail berkata, sebagai peniaga usaha kerjasama itu adalah jalan terbaik untuk meyakinkan orang ramai.

“Kalau orang lain risau, kami lebih risau. Kerana sebagai peniaga, kami juga menjual atas tiket agama dengan memperkatakan produk ini sah di bawa solat.

“Tak mungkin kami tergamak nak menipu pengguna. Kami reda dengan dugaan ini dan Allah bagi perhatian lebih apabila semua orang ambil berat,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat