Kebenaran Akan Terbukti Dihadapan Pesuruhjaya Khas Cukai, Kata Najib

- Advertisement -

CYBERJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak yakin kebenaran akan terbukti apabila rayuan ke atas kes tuntutan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke atasnya dibuat kepada Pejabat Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan nanti.

Bekas Perdana Menteri itu merujuk kepada keputusan mahkamah hari ini menerusi penghakiman terus berhubung bayaran cukai RM1.69 bilion ke atas wang sumbangan kerajaan Arab Saudi seperti dituntut LHDN yang dimulakan ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Dakwa Ahli Parlimen Pekan itu, penjelasan hakim tentang keputusannya hari ini dalam kes berkenaan jelas membuktikan penyalahgunaan kuasa PH semasa mereka menjadi kerajaan untuk menganiaya beliau menerusi tindakan tuntutan cukai itu.

“Hakim kata dasar “pay first, talk later” (bayar dulu, bincang kemudian) undang-undang LHDN tanpa mengira jika cukai itu patut, tersalah kira atau langsung tak betul adalah kejam tetapi ini adalah Akta Cukai dan mahkamah tiada kuasa untuk pertikaikan, ubah atau hentikan tuntutan LHDN.

“Bagaimanapun, hakim kata rayuan saya perlu didengar di Pejabat Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan – bukan dalam mahkamah.

“Hakim kata Pejabat Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan adalah jalan seterusnya bagi saya untuk mansuhkan tuntutan tidak berasas kerajaan PH dahulu,” katanya menerusi akaun Facebook beliau hari ini.

Sebenarnya kata Najib, beliau bukan diarahkan hakim untuk membayar cukai tetapi hakim memberi penghakiman terus atau summary judgement kepada LHDN untuk teruskan tuntutan mereka terhadap saya.

Katanya, penghakiman terus adalah apabila mahkamah membuat keputusan tanpa melalui perbicaraan penuh, iaitu antaranya tanpa mendengar keterangan saksi.

“LHDN adalah di bawah Kementerian Kewangan. Pada masa tuntutan cukai ke atas saya dan keluarga saya dikenakan juga merupakan masa Tony Pua dan Lim Guan Eng bermaharajalela dan banyak menyalah gunakan kuasa (saman saya jika berani) untuk mengenakan saya dan orang BN,” dakwanya.

Menurut Najib, di bawah undang-undang cukai Malaysia, Seksyen 106 jelas menunjukkan bahawa LHDN ada kuasa untuk mengenakan sebarang cukai tambahan dan penalti ke atas mana-mana orang.

Kata beliau, dan Seksyen 106 (3) juga mengatakan bahawa mahkamah tiada kuasa untuk mengurangkan atau membatalkan tuntutan cukai LHDN biarpun tuntutan cukai itu disalah kira, tak adil atau tak patut.

“Akta Cukai Pendapatan 1967: “Section 106 (3): In any proceedings under this section the court shall not entertain any plea that the amount of tax sought to be recovered is excessive, incorrectly assessed, under appeal or incorrectly increased.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat