Usul Penggantungan Hishammuddin Akan Dibawa ke Majlis Tertinggi – Asyraf Wajdi

- Advertisement -

CYBERJAYA – Semua usul yang dikemukakan dalam mesyuarat UMNO peringkat bahagian, termasuk cadangan menarik balik penggantungan terhadap bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, akan dibawa ke Majlis Tertinggi (MKT) untuk dibincangkan, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Menurutnya, usul daripada UMNO Bahagian Sembrong yang diluluskan semalam juga akan dibentangkan kepada MKT oleh Pengerusi Perhubungan Negeri selepas selesai keseluruhan proses mesyuarat bahagian.

“Kita menerima semua usul (yang dikemukakan) apabila dah selesai mesyuarat bahagian, dan pengerusi perhubungan negeri akan bentangkan kepada Majlis Kerja Tertinggi parti… dan kita akan bincanglah,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Rompin di Muadzam Shah, Pahang, hari ini.

Pada mesyuaratnya semalam, UMNO Bahagian Sembrong sekali lagi meluluskan usul mendesak penggantungan Hishammuddin ditarik semula serta-merta dan tanpa syarat. Ini merupakan kali kedua dalam tempoh dua tahun bahagian tersebut membentangkan usul yang sama.

Ketuanya, Abdul Ghani Abdul Rashid, berkata mereka kekal konsisten mempertahankan Hishammuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen kawasan itu.

Mengulas lanjut mengenai peluang individu seperti Hishammuddin untuk kembali ke dalam barisan kepimpinan, Asyraf Wajdi menjelaskan bahawa UMNO adalah parti yang terbuka dan sedia menerima sebarang bentuk rayuan.

“Ramai dah pimpinan-pimpinan UMNO buat rayuan dan sebagainya, diterima oleh Presiden dan Majlis Kerja Tertinggi. Tapi dalam hal ini, saya terimalah semua usul-usul dikemukakan,” jelas beliau.

Hishammuddin digantung keahlian selama enam tahun oleh UMNO pada Januari 2023 kerana didapati melanggar disiplin parti. Sehingga kini, beliau belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung desakan terbaharu daripada bahagian beliau sendiri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat