‘Alhamdulillah, pihak Astro Awani telah membetulkan’ – Dr Maza

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah memberi respon positif terhadap permohonan maaf yang dibuat oleh Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail berhubung isu daging korban.

Menulis di laman Facebook dan Instagram, Dr Maza kesal dengan tindakan Astro Awani memuatnaik tajuk artikel tidak benar mengenai Majlis Fatwa Perlis berkenaan daging korban Aidiladha boleh diberikan kepada golongan bukan Islam.

“Astro Awani perlukan editor yang lebih berkualiti.

“Fatwa tulis ‘yang tidak memusuhi Islam’, dia (Astro Awani) buat berita ‘yang baik’.

“Ada perbezaan antara dua kenyataan itu.

“Ini antara sebab saya sukar respon kepada saluran berita yang seperti ini yang kualiti kewartawanan tidak mencapai tahap yang sewajarnya,” katanya.

Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail berkata, pihaknya memohon maaf di atas kekhilafan tajuk artikel tersebut.

“Mewakili Astro Awani, saya memohon maaf di atas kekhilafan di bahagian tajuk artikel tersebut.

“Kami telah membuat pembetulan sewajarnya. Terima kasih Prof Datuk Dr Maza di atas teguran tersebut dan kami menghargai teguran Dr Maza dan memastikan agar kekhilafan seperti itu tidak berulang,” katanya.

Terdahulu Persidangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Majlis Fatwa Negeri Perlis memutuskan daging korban Aidiladha boleh diberikan kepada golongan bukan Islam yang tidak menzahirkan permusuhan terhadap Islam.

Jelasnya daging korban boleh diberikan kepada golongan bukan Islam yang tidak menzahirkan permusuhan terhadap Islam.

Ia termasuk dalam muamalah baik yang dianjurkan terutamanya jika mereka dari kalangan ahli keluarga, jiran dan golongan miskin. Ini dengan mengambil kira keutamaan kepada kaum muslimin.

Keputusan ini bakal diangkat kepada Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat