Model Menangis Dihukum Penjara Kesalahan Pandu Lawan Arus Sebabkan Kematian

- Advertisement -

BUKIT MERTAJAM – Seorang model sambilan dihukum penjara lima tahun dan denda RM18,000 kerana didapati bersalah memandu melawan arus hingga menyebabkan kematian seorang juruteknik kilang dalam kemalangan tiga tahun lalu.

Tertuduh, Ng Pei Ven, 22, menangis sambil memandang ibunya ketika Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha menjatuhkan hukuman berkenaan terhadapnya.

Mahkamah turut membuat keputusan membatalkan lesen memandu percubaan tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987 kerana memandu hingga menyebabkan kematian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari dan tertuduh diwakili peguam Lim Boon Beng.

Selepas hukuman dijatuhkan, Boon Beng meminta penangguhan pelaksanaan hukuman berkenaan untuk anak guamnya bagi membuat rayuan.

Mahkamah bersetuju, namun tertuduh diminta membayar RM5,000 untuk ikat jamin.

Dalam kejadian pada 14 Mac 2017, Mohamad Fandi Rosli, 26, maut selepas kereta Perodua Kelisa yang dipandunya bertembung dengan kereta yang dipandu wanita berkenaan secara melawan arus.

Kemalangan jam 7.50 pagi itu berlaku di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Permatang Pauh.

Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumahnya di Sungai Petani, Kedah.

Akibat pertembungan itu menyebabkan mangsa tersepit dan mengalami kecederaan parah lalu meninggal dunia di tempat kejadian.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat