Huawei P40 Pro+ Dengan Penta Kamera Berharga RM4999 Di Malaysia – Dijual Bermula 26 Jun

- Advertisement -

Huawei Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran telefon pintar mercu berspesifikasi tinggi mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei P40 Pro+.

Telefon pintar ini hadir dengan penawaran seumpama Huawei P40 Pro sebelum ini, tetapi dengan penambahan pada bahagian kamera, selain rekaan berasaskan seramik.

Huawei P40 Pro Plus

Pada bahagian kamera, ia menyertakan sensor utama 40MP, dilengkapi sensor sudut lebar 50MP, sensor telefoto 10x 8-megapixel, dan sensor telefoto 3x 8-megapixel, sensor ToF, dan juga sensor untuk pencahayaan suhu.

Huawei menekankan kepada beberapa ciri menarik bersama dengannya, termasuk kebolehan integrasi kecerdasan buatan dalam membuang orang dan objek tidak diingini daripada rakaman gambar dengan mudah.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar yang dilengkapi Huawei AppGallery ini pada harga RM4999 bermula 26 Jun 2020 ini.

Huawei P40 Pro Plus

Sumber Amanz

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat