UPNM Jalin Lima Kerjasama Strategik di LIMA’25, Perkukuh Agenda UPNM30

- Advertisement -

Langkawi, – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memeterai lima perjanjian strategik bersama rakan industri tempatan dan antarabangsa sempena LIMA’25, selari dengan agenda transformasi UPNM30.

Disaksikan Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, kerjasama itu merangkumi bidang penyelidikan digital forensik, latihan penerbangan, teknologi aeroangkasa, penyelidikan pertahanan serta pembangunan sistem persenjataan.

Perjanjian yang dimeterai termasuk:

MoA bersama Prisma Khas Sdn. Bhd. untuk penyelidikan forensik digital berasaskan AI.

MoU bersama Weststar Aviation dalam latihan dan pensijilan penerbangan.

MoU bersama AIROD Sdn. Bhd. untuk pembangunan sistem struktur pesawat menggunakan AI.

MoU dengan STRIDE melibatkan penyelidikan dan program akademik bersama.

NDA bersama KNDS, Perancis dalam pembangunan sistem persenjataan dan pemindahan teknologi.

UPNM komited menerajui ekosistem pertahanan negara melalui pendidikan, penyelidikan dan inovasi sejajar dengan matlamat UPNM30.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat