Tiada ‘Kerusi Terbang’: Kongres PKR 2025 Dijangka Aman dan Tersusun- Fahmi Fadzil

- Advertisement -

JOHOR BAHRU, 22 Mei 2025 – Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025 yang akan berlangsung bermula Jumaat ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, dijangka berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden kekecohan atau provokasi.

Menurut Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil, pemilihan parti peringkat cabang yang telah dijalankan di seluruh negara sebelum ini membuktikan bahawa proses demokrasi dalam PKR semakin matang dan berdisiplin.

“Setakat ini, pemilihan berjalan secara aman. Tiada insiden tidak diingini, tiada kerusi terbang, tiada kerosakan harta benda. Maka kita yakin suasana sama akan berlaku sepanjang kongres di sini,” kata beliau ketika meninjau persiapan akhir di lokasi pada petang Khamis.

Fahmi turut menjelaskan bahawa hanya perwakilan dari Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching mengundi secara fizikal, manakala selebihnya menjalankan undian secara dalam talian melalui telefon pintar masing-masing, selaras dengan pendekatan digitalisasi parti.

Kongres kali ini akan dirasmikan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dijangka menyampaikan amanat penting berkenaan hala tuju parti dan kepentingan kesepakatan dalam menghadapi cabaran politik semasa, termasuk Pilihan Raya Negeri Sabah dan Pilihan Raya Umum ke-16.

“Fokus utama Datuk Seri Anwar adalah mesej penyatuan dan semangat sepasukan. PKR tidak meminggirkan sesiapa, termasuk mereka yang tewas dalam pemilihan,” jelas Fahmi.

“Saya sendiri pernah tewas dalam perebutan jawatan Naib Presiden pada 2022, tetapi masih diberi amanah sebagai Ketua Penerangan. Ini bukti PKR terbuka dan mementingkan perpaduan berbanding persaingan dalaman semata-mata.”

Fahmi turut menegaskan bahawa kematangan politik yang ditunjukkan dalam pemilihan dan kongres kali ini adalah gambaran komitmen parti untuk tampil sebagai peneraju yang stabil dan inklusif dalam landskap politik Malaysia.

“Kita bukan hanya bersedia hadapi pilihan raya, tapi juga bersedia bina keyakinan rakyat bahawa PKR adalah parti untuk semua.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat