“Orang boleh telefon tengah malam, berkempen macam-macam, tetapi akhirnya undi itu milik kita” – Nik Nazmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lebih 30,000 ahli PKR diingatkan supaya tidak ‘menjual’ undi mereka dalam pemilihan parti itu ming­gu ini yang merupakan sebagai penentu arah perjuangan reformasi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16.

Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pemilihan kali ini bukan sekadar pertukaran jawatan, sebaliknya menjadi medan penting menentukan kelangsungan agenda yang diperjuangkan sejak 27 tahun lalu.

“Orang boleh telefon tengah malam, berkempen macam-macam, tetapi akhirnya undi itu milik kita.

“Jadi, saya harap kita gunakan kuasa tersebut, jangan jual undi dengan begitu murah ke­rana inilah yang akan tentukan masa depan bagi kita,” katanya pada Jelajah Hidupkan Idea­lisme Reformasi dalam Ujian Kuasa (HIRUK) di Johor Bahru, lapor Utusan.

Dalam pada itu, Nik Nazmi berkeyakinan penuh Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli akan kekal sebagai Timbalan Presiden PKR.

“Gandingan Rafizi dan Pre­siden, Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup mantap ketika mengemudi parti dalam Pilihan Raya Umum pada 2022.

Saya bukan mahu menidakkan Nurul Izzah Anwar. Kami bertiga (Rafizi dan Nurul Izzah) merupakan sahabat sejak awal saya menyertai parti tetapi buat masa ini, saya berpendapat gandingan terbaik bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar ialah saudara Rafizi,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat