Siswa anak Pahang terima bantuan RM400 – Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang menyampaikan bantuan RM400 kepada mahasiswa anak Pahang menerusi Bantuan Prihatin Pahang Kluster Siswa.

Menurut Menteri Besarnya, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, seramai 19,525 mahasiswa anak Pahang akan menerima sumbangan pada tahun ini.

Jelas Wan Rosdy, pada tahun ini, sumbangan dinaikkan kepada RM400 berbanding RM300 tahun lepas.

“Petang tadi saya dapat bersama-sama hampir 1,600 mahasiswa anak Pahang dalam Majlis Pelancaran Bantuan Prihatin Pahang Kluster Siswa di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Kuantan.

”Seramai 19,525 mahasiswa anak Pahang menerima bantuan ini bagi tahun 2024 di mana ia merupakan kali kedua Kerajaan Negeri laksanakan sejak tahun lalu.

”Tahun lepas kita bagi RM300 dan tahun ni kita bagi RM400. Insya-Allah jika kedudukan kewangan negeri bertambah baik dan kutipan hasil tahun ini mencecah RM1.6 bilion, jumlah sumbangan ini kita naikkan kepada RM500 pada tahun depan,” kata Wan Rosdy pada Selasa.

Hadir sama YB. Speaker Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsuddin, Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan, YB Dato’ Sri Ir Haji Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak serta barisan Exco Kerajaan Negeri Pahang.

Seramai 1,600 orang penerima yang terdiri daripada UMPSA, UCYP University (UCYP), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kolej Yayasan Pahang (KYP), Pahang Skills Development Centre (PSDC) dan Kepimpinan Tertinggi Majlis Mahasiswa Anak-Anak Pahang (MAMPAN) Institut Pengajian Tinggi di negeri ini hadir ke majlis berkenaan.

Kata Wan Rosdy lagi, Belanjawan Negeri Pahang 2024 memperuntukkan sebanyak RM14.18 juta ringgit bagi pelaksanaan BPP Siswa Tahun 2024.

Jelasnya, ia adalah peningkatan jumlah peruntukan dari RM8 juta tahun 2023 kepada RM14.18 juta tahun ini.

“Semoga BPP Kluster Siswa ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban sepanjang anak-anak menjalani kehidupan sebagai mahasiswa.

”Saya berharap anak-anak semua belajarlah bersungguh-sungguh sehingga berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang. Insya-Allah,” ujar beliau.

 

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat