PKPD: Jangan Panik, Bekalan Barang Keperluan Mencukupi

- Advertisement -

IPOH: Bekalan barangan keperluan asas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat mukim di negeri itu, adalah mencukupi dan mudah diperolehi.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Intergrasi Nasional dan Masyarakat Sivil Perak, Datuk Abdul Yunus Jamhari berkata, jaminan itu diberikan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak selepas mereka membuat pemeriksaan dan pemantauan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk yang terlibat dengan PKPD itu supaya bertenang dan tidak panik.

“Tambahan pula, premis peruncitan seperti pasar awam, pasaraya, kedai runcit, restoran, gerai makanan dan lain-lain masih dibenarkan beroperasi mengikut waktu prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan PKPD di empat mukim di Perak iaitu Pengkalan Hulu di Daerah Hulu Perak; Taiping di Daerah Larut, Matang dan Selama; Hulu Kinta (meliputi Ipoh, Lahat, Chemor dan Tanjong Rambutan) di Daerah Kinta dan Hulu Bernam Timur di Daerah Muallim, berkuatkuasa 22 Mei hingga 4 Jun.

Abdul Yunus berkata, sebagai usaha untuk memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19, rakyat di negeri Perak adalah dinasihatkan supaya hanya keluar jika terdapat keperluan, mengelakkan pembelian berlebihan dan mematuhi SOP.

“Pengguna juga disarankan supaya menggunakan aplikasi dalam talian untuk membeli barang keperluan dan makanan ketika tempoh PKPD ini,” ujarnya.

Bagaimanapun, kata beliau, jika terdapat isu-isu berkaitan kekurangan bekalan makanan di mana-mana kawasan, orang ramai diminta untuk melaporkan kepada pihak KPDNHEP Perak untuk tindakan susulan.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat