AMERIKA SYARIKAT: Bekas pembantu peribadi kepada 11 Presiden Amerika Syarikat, Wilson Roosevelt Jerman, 91 tahun, meninggal dunia akibat Coronavirus pada 16 Mei yang lepas.
Wilson mula berkhidmat di Rumah Putih sejak 1957 semasa Dwight D. Eisenhower menjadi Presiden lagi. Semasa John F Kennedy menjadi Presiden, Wilson dinaikkan pangkat sebagai Butler – hasil sokongan Wanita Pertama ketika itu, Jackie Kennedy.
Mendiang bersara pada tahun 1997 ketika Bill Clinton menjadi Presiden tetapi kembali semula berkhidmat pada tahun 2003 dibawah pentadbiran George W Buah.
Wilson terus berkhidmat sehinggalah pada tahun 2012 semasa Barrack Obama menjadi Presiden. Jawatan terakhirnya ialah sebagai maître d’.
Keseluruhannya, Wilson berkhidmat selama lebih 50 tahun di Rumah Putih.
Sejak berita kematian Wilson tersebar, hampir semua bekas keluarga pertama dimana Wilson memberikan khidmatnya, mengucapkan takziah dan penghargaan kepada mendiang lapor CNN.
Wilson adalah satu dari keseluruhan 95,021 orang yang telah maut akibat dari Coronavirus di Amerika Syarikat. Dari lebih 5 juta manusia di dunia yang dijangkiti virus tersebut setakat ini, hampir 1.6 juta orang di Amerika Syarikat sahaja.
-SuaraTV