Syukurlah kampung kita tiada pencemaran sungai akibat ternak babi – Nik Abduh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemimpin Pas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz melahirkan rasa lega kerana di kampungnya tiada pencemaran sungai akibat penternakan babi.

“Bersyukurlah kampung kita tiada pencemaran sungai akibat penternakan babi.

“Ada saudara-saudara kita dipaksa berhadapan kebodohan ini,” katanya di Facebook pada Selasa.

Sebelum ini Pemuda Amanah Perak menempelak kenyataan Adun Manjoi Hafez Sabri berhubung isu ladang babi yang beroperasi secara berlesen dan haram di Ayer Kuning.

Ketuanya, Khairol Najib Hashim berkata, tindakan menjadikan ladang babi sebagai isu perkauman bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah merupakan cubaan untuk mengaburi mata rakyat daripada kegagalan sendiri semasa memegang kuasa.

Menurut beliau, semasa Pas menjadi sebahagian daripada Kerajaan Negeri Perak dari 2020 hingga 2022, Adun Gunung Semanggol, Razman Zakaria yang memegang portfolio sebagai Exco Pertanian, Perladangan, Industri Makanan dan Sekuriti Makanan tidak menyediakan sebarang pelan penyelesaian berhubung isu berkenaan.

“Tiada pelan pemindahan atau perancangan penyusunan semula, malah isu ini langsung tidak dijadikan keutamaan.

“Boleh dikatakan sepanjang tempoh tersebut, seekor babi pun tidak ‘terusik’.

“Setelah tidak lagi memegang kuasa, mereka cuba menuding jari kepada Kerajaan Perpaduan dengan memainkan sentimen perkauman. Ini tindakan hipokrit dan tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, Hafez yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Perak mendedahkan terdapat lambakan ladang babi beroperasi secara berlesen dan haram di DUN Ayer Kuning, terutamanya di Kampung Tanjung Keramat yang majoritinya didiami masyarakat Melayu.

Jelasnya, penduduk di kawasan berkenaan menyatakan ketidakpuasan hati kerana isu tersebut masih belum diselesaikan sehingga kini.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat