Rafizi dedah lunyai dimaki konon dendam dengan rakyat Kedah, KHTP Fasa 5 lulus tapi harga naik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli menjelaskan beliau tidak boleh luluskan Notis Perubahan (NoC) untuk membeli tanah persendirian bagi tujuan pembesaran Kulim Hi-Tech Park (KHTP) Fasa 5 tidak dapat pengesahan kesediaan penjual tanah untuk menjual tanah.

“Setelah jadi bahan TikTok kononnya Menteri Ekonomi memangsakan rakyat Kedah, akhirnya permohonan NOC ditarik balik.

“Lunyai saya kena maki sebab kononnya berdendam dan memangsakan rakyat Kedah kerana kononnya cuba mensabotaj projek Kerajaan Kedah, iaitu Kulim Hitech Park Fasa 5.

“Saya jelaskan yang saya tidak boleh luluskan selagi tidak dapat pengesahan kesediaan penjual tanah untuk menjual tanah.

“Bila saya jawab balik, barulah Kerajaan Kedah kembali kepada Kementerian Ekonomi,” ujar Rafizi.

Justeru katanya, baru-baru ini Kerajaan Kedah telah mengesahkan secara bertulis, berkait dua perkara.

” Iaitu hasrat untuk membatalkan permohonan NOC yang dia tuduh saya tidak luluskan. Pembelian itu memang tidak dapat diteruskan sebab yang saya dimaklumkan tuan punya tanah tidak pernah mengesahkan secara bertulis bersetuju menjual tanah. Bayangkan kalau saya pakai luluskan permohonan asal tanpa pengesahan bertulis.

” Permohonan NOC baru untuk membeli tanah asal yang bermasalah. Permohonan perubahan skop itu kini bertukar, iaitu kos keseluruhan membeli tanah naik dari RM195 juta yang dipohon dahulu, kepada harga baru iaitu RM362 juta.

“Berita baik untuk rakyat Kedah – Kementerian Ekonomi telah luluskan permohonan itu dan KHTP Fasa 5 boleh diteruskan.

“Berita kurang baik untuk rakyat Kedah – agensi Kerajaan Negeri Kedah tambah hutang dari hutang asal RM195 juta yang diberikan Kerajaan Persekutuan, tambah lagi RM180 juta pinjaman yang perlu diusahakan Kerajaan Negeri Kedah sebab kos telah meningkat kepada RM362 juta.

“Saya boleh saja minta Exco terbabit minta maaf secara terbuka kerana cuba memburukkan nama Kementerian Ekonomi untuk menutup kelemahan pengurusan Kerajaan Negeri Kedah, tapi saya ingat rakyat pun tahu perkara sebenar, tak perlu panjangkan isu ini. Yang lebih baik ialah Exco terbabit minta maaf dengan rakyat Kedah,” kata Rafizi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat