‘Nas Si Goreng’ filem pendek SAJI angkat nilai kasih sayang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Meneruskan tradisi tahunan, FGV Holdings Berhad (FGV) menerusi jenama Saji ekali lagi menerbitkan filem pendek raya yang kali ini mengetengahkan tema kehilangan dan kepentingan kasih sayang dalam keluarga.

Pegawai Bertanggungjawab untuk Bahagian Produk Pengguna merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Delima Oil, Shammim Azad Kamruzaman, berkata filem ini disiarkan di pelbagai platform media sosial termasuk YouTube, Instagram, dan TikTok untuk tontonan umum.

“Filem tahun ini berbeza daripada sebelumnya. Ia menyentuh tentang kehilangan insan tersayang serta bagaimana seseorang boleh bangkit dan menerima hakikat tersebut. Masa adalah penyembuh luka.

Ketua Pegawai Eksekutif Delima Oil Products Sdn Bhd Shammim Azad Kamruzaman

“Filem berdurasi lapan minit itu menjalani penggambaran di Banting selama tiga hari, menampilkan pelakon terkenal seperti Fadli Masud, Nabila Huda, dan Miss Abdullah. katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa bersama anak-anak Yatim dah pelancaran filem pendek raya 2025 di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur semalam.

Sebanyak 20 anak yatim dari Pertubuhan Al-Haq telah menerima sumbangan wang tunai serta barangan jenama Seri Pelangi dan Saji sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

Selain itu, beliau berkata pihaknya akan meneruskan inisiatif CSR selepas sambutan Aidilfitri melalui program bantuan kepada 200 Asnaf yang akan diadakan di Kuantan pada 9 April akan datang.

Dalam program tersebut, Delima Oil akan menyumbangkan RM10,000 kepada mangsa ribut yang mengalami kerosakan rumah yang teruk.

“Kami telah mengambil tindakan proaktif dengan menghantar pasukan untuk membantu mangsa bencana dan memastikan mereka mendapat sokongan yang sewajarnya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shammim memberi jaminan bahawa bekalan minyak masak kepada pengguna tidak akan terjejas menjelang musim perayaan.

“Kami telah mengambil langkah bersama pihak kerajaan untuk memastikan bekalan minyak mencukupi dan dapat disalurkan kepada pengguna dengan lancar,” katanya.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat