- Advertisement -
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) melaporkan terdapat lapan kawasan di Semenanjung berada pada tahap 1 (berjaga-jaga).
Kawasan-kawasan itu melibatkan Perlis, Pulau Langkawi, Padang Terap, Sik, Baling, Kota Setar di Kedah dan Tangkak, Muar di Johor.
Sementara itu, terdapat dua kawasan di Sabah berada pada tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu Beaufort dan Kota Belud.
Tahap Berjaga-Jaga bermaksud suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius.
Situasi panas ini sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.