Kerjasama kukuh Malaysia, Jepun bangun industri halal – Zahid

- Advertisement -

OSAKA — Komitmen Jepun dalam memastikan aspek kualiti dan integriti halal menerusi enam badan pensijilan halal di Jepun yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), membuktikan peranan pentingnya dalam pasaran global.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menekankan kerjasama kukuh antara Malaysia dan Jepun, yang dapat dilihat menerusi kesungguhanan kedua-dua negara dalam hal berkaitan pembangunan industri halal.

“Menerusi inovasi dan strategi pemasaran bersasar, Jepun berjaya meningkatkan tarikan dan kebolehcapaiannya untuk meyakinkan pengguna produk halal, sekali gus membuka ruang untuk Malaysia sebagai peneraju ekosistem halal antarabangsa.

“Saya telah mengadakan pertemuan bersama pemain industri halal terkemuka di Jepun, sekali gus meletak asas lebih kukuh dan mencatat lembaran baharu dalam memperkasa kerjasama berterusan antara Malaysia dan Jepun, terutama ke arah meningkatkan amalan serta piawaian halal antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zahid berkata, walaupun bilangan penduduk beragama Islam di Jepun agak kecil, pasaran halal negara ini tetap mewujudkan peluang besar bagi pertumbuhan serta kerjasama dalam industri halal.

“Sebagai contoh, jumlah eksport Malaysia mencecah RM 59.46 bilion pada 2022, dengan eksport halal ke Jepun berjumlah RM 3.6 bilion.

“Angka ini jelas mencerminkan potensi besar boleh diterokai dalam perdagangan sektor halal antara kedua-dua negara,” katanya.

Selain itu katanya, mengambil kira cabaran dihadapi produk halal dikeluarkan negara bukan majoriti Islam seperti Jepun, HDC menggalakkan kepakaran dan infrastruktur dimiliki Malaysia membantu usaha capaian global.

“Sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Halal Malaysia (MPIH), semua pemegang taruh halal bersedia membantu Jepun meningkatkan infrastruktur dan rangkaian bekalannya, sekali gus memperkukuh hubungan dagang dua hala.

“AEON (M) akan menyediakan panduan perniagaan kepada pemain industri halal Malaysia bagi menembusi pasaran Jepun, mempromosi Pla]orm Bersepadu Halal HDC (HIP) dan menganjurkan sesi pembentangan untuk mempromosi produk Halal,” kataya.

Tambahnya lagi HDC juga akan bekerjasama dalam menyediakan program latihan Halal untuk pemain industri halal Jepun bagi memudahcara kemasukan mereka ke dalam pasaran halal.

“MoU kedua antara HDC dan Persatuan Halal Jepun (JHA) pula bertujuan meningkatkan infrastruktur dan pensijilan Halal di Jepun.

“Kerjasama ini akan memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan dan perkongsian kepakaran untuk menyelaraskan proses pensijilan Halal bagi restoran di Jepun.

“HDC dan JHA memberi komitmen untuk mempromosikan aspek integriti Halal secara global dan memperkasakan perniagaan tempatan sebagai antara langkah penting ke arah memajukan industri Halal dan menyokong komuniti Islam di Jepun dan seluruh dunia,” katanya.

Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan bersama pemain industri halal terkemuka di Jepun yang mana sidang meja bulat anjuran HDC hari ini menggariskan kepentingan menyelaras kerjasama antara pemain industri kedua-dua negara.

Beliau turut berbesar hati menyaksikan majlis menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU), yang pertama di antara HDC dan AEON Co. (M) Berhad, bertujuan mempromosi produk Halal Malaysia di Jepun.

“Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap barangan dan perkhidmatan halal dunia yang kini mencatat nilai mencecah lebih AS$3 trilion,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat