Abang PM Digugur Sebagai Presiden Sementara Parti Mira

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Penaja Parti Kuasa Rakyat (Kuasa) Kamarazaman Yaakob digugurkan sebagai presiden sementara Parti Tindakan Rakyat Malaysia (Mira) selepas dilantik ke jawatan tersebut pada Disember tahun lepas.

Kamarazaman yang juga abang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu digugurkan ekoran isu teknikal berdasarkan perlembagaan parti.

Perkara itu dimaklumkan presiden sementara yang baru K Palanisamy memetik Malaysiakini.

“Keputusan itu diambil pada mesyuarat pimpinan tertinggi parti dua hari lalu. Ini kerana permohonannya untuk meluluskan parti Kuasa masih dalam proses di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Menurut perlembagaan parti, seorang individu tidak boleh memegang jawatan presiden dalam dua parti politik berbeza pada satu masa.

“Maka, secara lantikan Kamarazaman sebagai presiden sementara menjadi batal dan tidak sah,” katanya.

Tambahnya, Mira akan mengadakan mesyuarat agung tergempar dalam masa terdekat untuk memilih pucuk pimpinan baru.
Pada 21 Disember lalu, Kamarazaman dilaporkan akan mengambil alih Mira setelah dilantik sebagai presiden sementara.

Keputusan itu merupakan sebahagian daripada langkah ke arah penggabungan dua parti itu.

Mira merupakan rakan strategik Pakatan Harapan (PH) ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum meninggalkan gabungan setelah ia ditumbangkan pada Februari 2020.

Sejak itu, Parti Mira memilih jalan tidak memihak. Sementara itu Parti Kuasa Rakyat yang masih menunggu kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah mengumumkan pendekatan mesra BN.

Palanisamy yang juga bekas ahli jawatankuasa kerja pusat (CWC) MIC sebelum ini berkata bahawa nama Mira akan dikekalkan sehingga membuat permohonan di RoS untuk menukarkannya kepada Kuasa.

Foto: Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat