Penjelajah urban

- Advertisement -

BUAT penggemar skuter dengan gaya kembara urban, Honda ADV150 yang sekian lama dinantikan sudah memasuki pasaran tempatan.

Ia cukup menyerlah dengan rekaan ranggi. Ia juga sesuai bagi tunggangan dalam bandar atau laluan sederhana lasak.

Antara ciri menariknya ialah lampu hadapan dan belakang LED penuh termasuk Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS).

Ia juga didatangkan dengan penghalang angin boleh laras dua kedudukan selain paparan penuh panel meter LCD untuk maklumat tunggangan.

ADV150 turut dilengkapi brek cakera hadapan dan belakang dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) tunggal di bahagian hadapan.

Ia memiliki ruang simpanan 28 liter di bawah tempat duduk, soket pengecasan 12 voltan dan sistem kunci pintar Honda.

Bagi keselesaan ketika menunggang, ia dilengkapi fork hadapan teleskopik. Bagi tayar hadapan, ia bersaiz 14 inci manakala belakang pula bersaiz 13 inci.

 

LAMPU belakang dan brek kecemasan LED.
LAMPU belakang dan brek kecemasan LED.

 

Ia dijana dengan enjin 149.3cc sejukan cecair SOHC satu silinder yang menawarkan kuasa 14.5PS pada 8,500rpm dan tork 13.9Nm pada 6,500rpm.

Ia juga dilengkapi eSP dan sistem bahan api PGM-FI yang mematuhi piawaian EURO4 serta dipacu kotak gear transmisi automatik CVT dan tangki bahan api lapan liter.

Dua pilihan warna ditawarkan iaitu Merah Vivacity dan Kelabu Metalik Mat Charcoal.

 

RUANG simpanan 28 Liter.
RUANG simpanan 28 Liter.

 

Honda ADV150 dijual pada harga RM11,999 (atas jalan tanpa insurans).

Ia disertakan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 kilometer (km) yang mana lebih dulu.

Hraian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat