“Malam Simfoni Luka” kini di ZEPP Kuala Lumpur – siap sedia untuk malam penuh emosi!

Kalau anda peminat muzik alternatif dan pop moden, ini berita gembira… dan sedikit kejutan! Konsert “Malam Simfoni Luka” yang ditunggu-tunggu pada 24 Januari 2026 kini pindah lokasi ke ZEPP Kuala Lumpur. Jangan risau, tiket yang anda beli sebelum ini masih sah tau.

Konsert ini akan menyatukan tiga nama besar: For Revenge, Insomniacks, dan Midnight Fusic – masing-masing dengan gaya tersendiri tapi tetap bersatu untuk satu malam yang penuh emosi. Dari vibe post-hardcore yang bertenaga, ke pop moden yang catchy, hingga ke alternatif dreamy yang mendamaikan malam ini janji akan membawa penonton melalui perjalanan rasa yang pelbagai, dari duka, cinta, hingga harapan.

Persembahan bukan sekadar muzik biasa penonton boleh jangka visual yang memukau, pencahayaan sinematik, dan susunan muzik live yang diolah khas untuk konsert ini. Jadi, bersiaplah untuk merasai setiap bait lirik dan setiap nada yang menyentuh hati.

📍 Lokasi Baru: ZEPP Kuala Lumpur
📅 Tarikh & Masa: 24 Januari 2026, 8 malam
🎟 Tiket: Masih sah, beli di www.ticket2u.com.my

Kalau anda nak rasa vibe live yang intimate dan lebih dekat dengan artis kegemaran anda, ini memang malam yang tidak patut dilepaskan. Jumpa di ZEPP Kuala Lumpur!

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat