Kepulangan eksklusif Fauziah Latiff: sebuah konsert intim bernilai emosi dan pengalaman peribadi

Nama Fauziah Latiff bukan sekadar seorang penyanyi, tetapi simbol kepada perjalanan emosi generasi demi generasi. Selepas 40 tahun mengukir nama dalam industri muzik tanah air, ikon seni suara ini akhirnya bakal menghadiahkan peminat sebuah konsert solo yang cukup istimewa menerusi 4 Decades Fauziah Latiff Live In Concert, yang akan berlangsung pada 9 Mei 2026 di Plenary Hall KLCC.

Konsert ini bukan sebuah kebetulan, sebaliknya hadir sebagai kepulangan yang dipilih dengan penuh makna. Setelah sekian lama memilih untuk memperlahankan langkah dan tidak aktif sepenuhnya dalam industri hiburan, Fauziah Latiff kembali dengan satu persembahan berskala besar yang dibina atas dasar keikhlasan, penghargaan dan hubungan emosi bersama peminat yang setia sejak era 80-an hingga kini.

Berbeza daripada konsert biasa, 4 Decades Fauziah Latiff Live In Concert disusun sebagai sebuah pengalaman menyeluruh dari susunan muzik, konsep visual, sehingga ke sentuhan emosi yang ingin disampaikan kepada setiap penonton. Ia bukan sekadar mengimbau nostalgia, tetapi mengangkat kematangan seni dan perjalanan kehidupan seorang wanita yang telah melalui pelbagai fasa cinta, kehilangan, pengorbanan dan harapan.

Pemilihan tarikh yang berdekatan dengan sambutan Hari Ibu turut memberi dimensi tambahan kepada konsert ini. Ia menjadi simbol penghargaan kepada wanita dan ibu yang menjadi tunjang keluarga serta inspirasi dalam kehidupan, sejajar dengan mesej yang sering dibawa melalui lagu-lagu Fauziah Latiff selama ini.

Konsert ini bakal menyaksikan rangkaian lagu ikonik yang telah membentuk legasi Fauziah Latiff seperti Dia, Sekali Ini Saja, Teratai Layu Di Tasik Madu, Setia Ku Korbankan, Menanti Di Ambang Syurga serta beberapa kejutan eksklusif yang akan diumumkan kelak.

Setiap lagu akan dipersembahkan dalam susunan muzik baharu yang lebih segar dan megah, namun tetap mengekalkan roh asal yang menjadikan karya-karya ini kekal relevan dan dekat di hati peminat merentas zaman.

Salah satu tarikan utama konsert ini ialah pakej SUPER VIP – Setiaku Korbankan, yang ditawarkan pada harga RM6,999 dan terhad kepada hanya 36 orang sahaja.

Pemegang tiket SUPER VIP akan menikmati:

  • Meet & Greet eksklusif bersama Fauziah Latiff
  • Sesi Fine Dining peribadi bersama Fauziah Latiff
  • Satu persalinan couture eksklusif rekaan Ezuwan Ismail bernilai RM15,000
  • Tempat duduk terbaik sepanjang konsert

Pakej ini menjadikan konsert ini antara pengalaman muzik paling mewah dan eksklusif pernah ditawarkan dalam industri hiburan tempatan.

Bagi memberi peluang kepada peminat dari pelbagai latar untuk turut menjadi sebahagian daripada malam bersejarah ini, tiket ditawarkan dalam beberapa kategori:

  • SETIAKU KORBANKAN (SUPER VIP) – RM6,999
  • DARI KAKI TANGGA KE MENARA (VIP) – RM1,299
  • TERATAI LAYU DI TASIK MADU – RM899
  • KAU MERUBAH SEGALANYA – RM699
  • YANG LEBIH KAU CINTA – RM599
  • APA SEBENARNYA – RM399
  • ENGGAN – RM299

Konsert ini dianjurkan oleh Ideatelier di bawah naungan pereka fesyen tersohor Ezuwan Ismail, yang menegaskan bahawa konsert ini dibina bukan sekadar sebagai hiburan, tetapi sebagai tanda hormat terhadap seorang legenda seni yang telah membina nama dengan keunikan dan integriti tersendiri.

Dengan gabungan muzik berkualiti tinggi, konsep visual elegan, sentuhan fesyen eksklusif dan pengalaman emosi yang mendalam, 4 Decades Fauziah Latiff Live In Concert dijangka menjadi antara konsert paling bermakna dan bernilai tinggi pada tahun 2026.

Konsert ini turut disokong oleh Hot FM, Kool FM, Molek FM dan Media Prima sebagai rakan media rasmi.

Lebih daripada sebuah persembahan pentas, konsert ini adalah perayaan kepada legasi, cinta peminat dan perjalanan seorang wanita yang telah menjadi suara kepada jutaan hati selama 40 tahun.

4 Decades Fauziah Latiff Live In Concert menjanjikan sebuah malam yang akan dikenang — bukan sahaja kerana muziknya, tetapi kerana emosi dan pengalaman yang ditinggalkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat