Fahmi lancar Jelajah Kempen Keselamatan

- Advertisement -

PENGKALAN CHEPA, 21 Januari 2025 – Menteri Komunikasi, Encik Fahmi Fadzil melancarkan Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelantan semalam.

Siri jelajah ini merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), bertujuan untuk meningkatkan tahap
kesedaran masyarakat mengenai keselamatan dalam talian, sekali gus mengelakkan pengguna daripada terjerumus menjadi mangsa penipuan serta jenayah dalam talian.

Jelajah ini akan diperluas ke seluruh negara bagi mewujudkan persekitaran dalam talian yang selamat, selain penguatkuasaan pelaksanaan pelesenan penyedia
perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial, pindaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) serta perundangan baharu Akta Keselamatan Dalam
Talian (ONSA).

Turut diadakan ceramah mengenai modus operandi penipuan serta langkah pencegahan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, ceramah “Realiti Dunia Dalam Talian” oleh Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), forum Bicara Klik Dengan Bijak dan reruai pameran.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Lama, YB Dr. Hafidzah Mustakim; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa;
Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, YBhg. Dato’ Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan dan Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri MCMC, Tuan Haji Bukhari Yahaya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat