Isu Ancaman Siber Antara Tumpuan Hari Pertama ADGMIN1

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Isu kepentingan menangani ancaman siber dalam landskap digital antara perkara dibincangkan pada hari pertama sesi Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN Yang Pertama (ADGMIN1) dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah, menerusi Twitter rasminya, memaklumkan sesi mesyuarat itu turut membincangkan kepentingan kepercayaan transaksi secara elektronik yang menjadi kerangka asas utama masyarakat dalam penerimaan transformasi digital.

Katanya, oleh itu, tatacara pentadbiran serta kaedah perpindahan data antara negara ASEAN juga akan dirangka.

Beliau berkata esok mereka akan membincangkan hasil laporan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Digital ASEAN (ADGSOM1) berkenaan Pelan Kerja ICT ASEAN bersama rakan dialog dari Amerika Syarikat, China, Jepun, India dan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).

Selain itu, Pelan Induk Digital ASEAN 2025 (ADM2025) juga akan turut dilancarkan, katanya.

Semasa berlangsungnya ADGMIN1, selain memberi taklimat mengenai pencapaian penting hasil kerjasama ICT pada 2020, Malaysia turut membentangkan draf ADM2025 untuk dipertimbangkan oleh negara anggota ASEAN.

Selesai mesyuarat ADGMIN1, para menteri dijangka mempertimbangkan untuk menguna pakai Deklarasi Putrajaya mengenai ‘ASEAN – sebuah Komuniti yang Dihubungkan Secara Digital’ dan Kenyataan Media Bersama ADGMIN1 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan.

Mesyuarat ADGMIN1 dirasmikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat