Larang kapal Israel beri kesan perdagangan tapi ini prinsip kemanusiaan – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia mungkin mengalami kerugian perdagangan berikutan keputusan mengharamkan syarikat perkapalan berpangkalan di Israel, ZIM (ZIMIntegrated Shipping Services Ltd) dan mana-mana kapal yang menaikkan bendera Zionis daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, namun kesan dari segi perdagangan negara adalah terkawal.

“Berhubung tindakan kita mengharamkan kapal Israel masuk ke negara ini mungkin ada risiko dalam soal perdagangan.

“Saya sudah bincang dengan Anthony Loke (Menteri Pengangkutan) dan Tengku Zafrul (Menteri Perdagangan Antarabangsa) dan mereka kata setakat ini kita masih boleh kawal, mungkin kita rugi sedikit sebab kapal tak masuk.

“Tetapi ini dia adalah prinsip kemanusiaan kita,” lapor Utusan.

Beliau berkata demikian pada Program Dialog Mahasiswa Temui Anwar di Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat