78 banduan bebas secara berlesen sempena Krismas

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

POKOK SENA – Seramai 78 banduan dibebaskan secara berlesen di bawah Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani ‘Kepulangan Yang Dinanti’ sempena sambutan Krismas tahun ini, di sini semalam.

Menurut, Pengarah Penjara Pokok Sena, Timbalan Komisioner Penjara, DCP Teyun Thian Eim, mereka yang dibebaskan itu terdiri daripada 59 Orang Bebas Berlesen (OBB) yang menyertai Program Corporate Smart Internship (CSI) dan 19 OBB kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

Menurutnya lagi, program pelepasan OBB di bawah PBSL adalah salah satu inisiatif pemulihan banduan di dalam komuniti kerana ini banyak membantu mengurangkan kadar perlakuan jenayah berulang di samping dapat mengurangkan kadar kesesakan di dalam penjara.

Selain itu, pelepasan awal ini memberi mereka peluang mengeratkan hubungan kekeluargaan dan sebagai persediaan awal meneruskan kelangsungan sebagai warga selepas dibebaskan sepenuhnya kerana mereka telah disediakan dengan pekerjaan.

Pelepasan ini diharap juga dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh banduan terbabit menjalani pemulihan di luar tembok dan mengubah kehidupan serta kembali semula kepada masyarakat di samping menjadi insan yang lebih baik,”ujarnya.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Penguasa Penjara, DSP Mohd Annas Othman, DSP Fazleen Akmar Ramli, Pegawai Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah, majikan terlibat dan keluarga OBB.- SUARA TV.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat