Pahang Salur Bantuan Barangan Asas Bernilai RM150,000 Ke Terengganu

- Advertisement -

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang menyalurkan bantuan berbentuk barangan keperluan asas ke Terengganu yang sedang berdepan musibah banjir bernilai RM150,000.

Menurut Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail Kerajaan Negeri Pahang amat bersimpati dengan nasib rakyat di Terengganu yang sedang berdepan dengan musibah banjir akibat berlakunya Monsun Timur Laut pada ketika ini.

Jelasnya, antara bantuan keperluas asas itu seperti kit bencana, refreshment kit, tikar, selimut tebal, selimut, kain batik, kain pelikat dan lampin pakai buang.

“Kerajaan Negeri Pahang amat bersimpati dengan nasib rakyat di Terengganu yang sedang berdepan dengan musibah banjir akibat berlakunya Monsun Timur Laut pada ketika ini.

“Menyedari kesulitan yang dihadapi oleh jiran kita ini, Kerajaan Negeri Pahang telah bersetuju untuk menyalurkan bantuan berupa barangan keperluan asas yang bernilai RM150,000 seperti kit bencana, refreshment kit, tikar, selimut tebal, selimut, kain batik, kain pelikat dan lampin pakai buang.

”Bantuan-bantuan ini telah pun digerakkan ke Terengganu pada jam 3 petang hari ini dan diselaraskan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang dan Angkatan Pertahanan Awam Negeri Pahang.” kata Wan Rosdy menerusi catatan Facebooknya sebentar tadi.

Ujarnya lagi, dengan bantuan yang disalurkan ini, ia dapat meringankan beban yang terpaksa dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir di Terengganu terutamanya yang sedang mendapatkan perlindungan di pusat-pusat pemindahan sementara.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, jumlah mangsa banjir di Terengganu yang direkodkan ialah seramai 40,494 orang mangsa melibatkan 11,247 keluarga yang ditempatkan di 297 pusat pemindahan sementara.

“Saya juga berharap agar semua mangsa banjir dapat bersabar dengan dugaan yang menimpa ini dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa.

”Saya berdoa semoga Allah SWT melindungi kita semua daripada sebarang musibah dan malapetaka.” Katanya. -SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat