Penduduk Hulu Langat Gembira Terima Bantuan

- Advertisement -

Hulu Langat – Mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Rendah Agama Dusun Nanding hari ini gembira dengan kehadiran Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Mastura Yazid yang menyantuni mereka.

Beliau berkata, memahami bahawa banyak kerosakan berlaku akibat banjir yang melanda
sebanyak 30 khemah mudah alih diedarkan bagi memberi keselesaan kepada mangsa banjir untuk tidur dan berehat.

“Saya faham keadaan yang sukar ini dan khemah mudah alih ini menjadi keperluan yang mendesak untuk beberapa keluarga berkongsi di satu bilik akan menambah tekanan dan tidak selesa kepada mereka.

“Ini dapat membantu mereka supaya tidak perlu tidur di satu tempat yang sama menandangkan kita masih menghadapi pandemik”

“Di sini kita berikan mengikut bilangan keluarga yang ada iaitu sebanyak 30 khemah mudah alih diberikan khusus buat mangsa banjir”

Sebelum itu, beliau turut meninjau dewan orang ramai kampung Sungai Lui, Hulu Langat yang menempatkan barang keperluan asas bagi mangsa yang terjejas akibat bencana banjir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat