YaPEIM Sedia Peruntukan RM5.17 Juta Sumbang Makanan Untuk Golongan B40

- Advertisement -

KOTA BHARU – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) memperuntukkan sebanyak RM5.17 juta bagi sumbangan makanan kering dan daging segar untuk diagihkan kepada 153 daerah di seluruh negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata pihaknya turut mengagihkan RM594,000 bagi sumbangan makanan sedia dimakan (RTE) di 55 institusi pengajian tinggi di seluruh negara menerusi Program Foodbank YaPEIM 2.0.

“Program ini dijayakan menerusi kerjasama pelbagai agensi lain yang bernaung di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi membolehkan lebih ramai lagi penerima daripada kumpulan sasaran memperoleh manfaat.

“Objektif utama pelaksanaan program ini ialah untuk membantu meringankan bebanan ditanggung golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) yang sudah dikenal pasti,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Food Bank YaPEIM 2.0 Sumbangan Daging Segar Kepada Barisan Hadapan di Kesedar Gua Musang.

Turut hadir Pengurus Negeri Pusat Pentadbiran YaPEIM Kelantan Nik Mohd Nurul Ihsan Salleh dan Pengurus Besar Kesedar Iskandar Zurkarnain Ibrahim.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk berkata setiap usaha yang dilaksanakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan dalam membantu melestarikan kehidupan golongan B40.

“Program foodbank ini bukan sahaja menyediakan keperluan asas seperti makanan dan barang keperluan, namun pada masa sama turut membantu membina serta memperkasa usahawan.

“Selain aktiviti kebajikan dan amal jariah, YaPEIM juga komited membantu masyarakat melalui aktiviti sosial bisnes terutamanya dalam perkhidmatan Ar-Rahnu yang menyediakan kemudahan pinjaman bagi pelbagai tujuan yang produktif seperti pendidikan dan perniagaan,” katanya.

Terdahulu, seramai 200 anggota barisan hadapan menerima sumbangan daging segar bersempena Inspirasi Musaadah COVID-19 YaPEIM sebagai menghargai sumbangan mereka kepada negara. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
2,269FollowersFollow
27,593FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat