YBR anjur ‘BEST’ tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris

- Advertisement -

PENAMPANG — Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama INDEP Education Foundation (IEF) telah mengadakan Program ‘Be English Speaker Today For A Better Tomorrow’ (BEST) dalam memartabatkan bahasa inggeris sebagai salah satu cabang pendidikan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, ini dapat membantu tahap pendidikan anak Sabah dalam menangani jurang pendidikan serta mewujudkan input linguistik dikalangan pelajar di bandar atau di luar bandar.

“Usaha ini sebegini mampu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di Sabah selain kesedaran mengenai fungsi Bahasa Inggeris serta meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk menggunakan bahasa ini sebagai antara bahasa yang mudah digunakan selain Bahasa Kebangsaan.

“Guru-guru berpengalaman turut terlibat dalam program ini bagi memastikan pelajar yang menyertai program ini dapat memperkasa dan menguasai Bahasa Inggeris,” katanya.

Terdahulu, Majlis Perasmian Best yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Moyog, Penampang, Sabah dengan melibatkan 390 murid dan 90 guru sekitar luar bandar negeri itu yang dijalankan di sembilan lokasi ditetapkan.

Turut hadir ialah Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang; Pengerusi INDEP Education Foundation (IEF), Tan Sri Bernard Dompok, Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Dalam majlis yang sama, Philip Benedict berkata, beliau amat menyokong segala bentuk program pendidikan bagi meningkatkan pengetahuan pelajar-pelajar terutamanya di Sabah melalui pemerkasaan tahap pendidikan.

“Penganjuran Program BEST ini merupakan salah satu langkah alternatif dalam membantu tahap penguasaaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar sekolah serta mewujudkan persekitaran yang kompeten di sekolah.

“Melalui BEST, ia dapat mengembangkan usaha dalam memastikan tahap pengunaan bahasa antarabangsa diberikan kepada semua peringkat terutamanya pelajar sekolah.

“Selain itu faktor guru-guru juga memainkan peranan yang penting kerana mereka perlu menyediakan modul pembelajaran dan ini merangsang penggunan bahasa serta kefasihan bertutur dan tahap penguasaan Bahasa Inggeris,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat