Biar PN dan PH Bergabung, BN Jadi Pembangkang – Mohamad Hasan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) bergabung untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan.

Manakala tegasnya Barisan Nasional (BN) bersedia menjadi pembangkang memandangkan keputusan rakyat pada PRU15 jelas menolak BN.

“Kami BN menerima keputusan rakyat yang menolak BN. Maka kami ini tak ada kuasa untuk menubuhkan kerajaan.

“Saya cadangkan biarlah PN dan PH bergabung tubuh kerajaan sebab mereka mendapat bilangan nombor undi yang lebih tinggi.

“BN bersedia menjadi pembangkang yang bertanggungjawab ‘check and balance’ kerajaan baru,” ujar Timbalan Pengerusi BN itu dalam kenyataan pada Isnin.

Walaubagaimanapun, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau menyatakan jika bantuan BN diperlukan dalam waktu peralihan pasca PRU ini, BN tetap sedia menyumbang kepada pembukaan bicara yang ikhlas dan terbuka.

“Kalau masih tak dapat juga tubuh kerajaan, tolong jangan salahkan kami.

“Ini hasil daripada proses yang demokratik, untuk memulangkan mandat kepada rakyat. Kami hanya menghormati keputusan itu.

“Semoga Malaysia sentiasa berada dalam peliharaan Allah SWT jua,” kata Timbalan Presiden Umno itu lagi.

Beliau berkata demikian, susulan konflik pembentukan Kerajaan Persekutuan yang masih belum dimuktamadkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat