Tolak Bajet Bukan Khianat – Khaled Nordin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan setiap ahli parlimen perlu diberi kebebasan dan ruang untuk membuat pilihan serta mengundi secara peribadi berdasarkan ‘lubuk hati’ dalam menyokong, berkecuali atau menolak Belanjawan 2021.

Dalam satu kenyataan hari ini, Khaled berkata berbeza pendirian bukan pengkhianatan tetapi menurut tanpa akal adalah sebesar-besar khianat.

“Parlimen Malaysia adalah benteng demokrasi terpenting. Maka apa jua yang diputuskan oleh Ahli Parlimen mestilah mengutamakan nilai dan kepentingan rakyat.

“Jika seseorang Ahli Parlimen itu yakin bahawa peruntukan dan inisiatif Belanjawan 2021 perlu pembaikan atau tidak menepati kepentingan golongan sasaran, mereka wajar untuk menyatakan pendirian tersebut.

“Sekali pun pendirian tersebut berbeza dengan pendirian parti atau pendirian yang bersifat en bloc,” katanya.

Walaupun tidak menamakan sesiapa dalam kenyataannya, namun sebelum ini media melaporkan bahawa Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan ahli Dewan Rakyat sebagai pengkhianat sekiranya mereka menolak Belanjawan 2021.

Mohamed Khaled berkata, setiap Ahli Parlimen mensti mengambil keputusan yang dirasakan terbaik demi kemaslahatan negara, bukan kepentingan parti semata-mata.

“Malaysia harus mula bergerak ke arah penyuburan amalan politik bipartisan, yang berfokus kepada pembentukan konsensus nasional rentas ideologi dan fahaman politik demi menyelesaikan kemaslahatan berkepentingan nasional.

“Belanjawan 2021 mempunyai banyak kebaikan tetapi ia juga memerlukan penyelarasan semula untuk menjadikan ia lebih baik.

“InsyaAllah, jika ia dilakukan, Ahl iParlimen akan menggunakan nurani baik mereka untuk mengundi dengan demokratik demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya.

Previous article
Next article
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat