Adakah Fadhlina mangsa pertama Yang Bungkus Menteri (YBM)? – Puad

KUALA LUMPUR – Podcast yang dikendali Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli (YBM) wajar diubah nama daripada Yang Bakar Menteri (YBM) kepada Yang Berhenti Menteri (YBM). Kini, Yang Bungkus Menteri (YBM), saran ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Puad Zarkashi.

Beliau mempersoalkan, “adakah Fadhlina (Menteri Pendidikan) mangsa pertama?” yakni yang merujuk kepada “yang bungkus menteri”.

Mengupas terperinci berkait politik populariti yang didakwanya masih menguasai politik negara hari ini.

Ujar Puad, rakyat mudah terpengaruh dengan pemimpin yang populis kerana cakapnya, janjinya dan ada kalanya kerana fesyennya.

“Tetapi apabila dilantik jadi Menteri, baru rakyat nampak dia pemimpin berkesan atau tidak. Pemimpin jenis ini biasanya tidak boleh bertahan lama. Hatta partinya sendiri sanggup meminggirkan mereka lebih awal.

“Apakah Rafizi masuk kumpulan ini? PKR macam tidak rugi apa apa bila meminggirkannya. Jawatan Menteri Ekonomi kosong sampai sekarang. Portfolio itu hanya token untuk balas budi Rafizi menumbangkan BN.

“Pada PKR dia macam tidak berharga. Tengku (Datuk Seri) Zafrul lebih berharga. PKR sanggup curi Zafrul daripada Umno. Rafizi pula dibuang begitu sahaja,” selar Puad yang juga Adun Rengit.

Berbanding Rafizi Speaker DUN Johor itu berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bermula sebagai pemimpin populis.

“Beliau tidak berjanji kosong. Beliau dikenali kerana berani tulis surat mengkritik Tunku Abdul Rahman.

“Apabila dilantik Menteri dan PM ke 4, Tun M dilihat “agenda centric”. Sebab itu dia mampu bertahan lama hingga 22 tahun walau dianggap autokratik dan mengamalkan kronisme.

“Tetapi bila dia menggunakan populis untuk jadi PM ke 7, dia bertahan 22 bulan sahaja. Bahkan dia dijatuhkan dari dalam melalui Sheraton Move.

“Rafizi betul bila mengatakan tidak lagi mempunyai masa depan dalam PKR. Pemimpin populis biasanya bukan pemimpin grass root. Mereka mudah dipinggirkan dan susah buat come back. Maka tidak tepat menyamakan Rafizi dengan Tun M dan Anwar yang boleh jadi PM walaupun awalnya terpinggir.

“Rafizi bukan pemimpin penyatu. Dia jenis solo. Ikut suka dia, agresif dan melulu. Pemimpin tidak boleh dabik dada dia sahaja yang pandai.

“Cara Rafizi berpolitik memang sukar untuk dia jadi PM. Tetapi Rafizi kata, dia tidak ada cita cita jadi PM. Kalau begitu jadi pengkritik bebas lagi baik,” kata Puad.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat