KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan hari ini mempersoalkan tindakan Speaker Dewan Rakyat yang tidak membenarkan ahli parlimen Machang, Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal untuk berada di Galeri Awam bagi mengikuti perbahasan dalam tempoh penggantungan beliau selama enam bulan.
Jelasnya menurut Aturan Mesyuarat perkara 44, seseorang ahli Dewan Rakyat yang digantung hanyalah tidak dibenarkan berada dalam mesyuarat dan tidak ada menyebut untuk tidak dibenarkan berada di Galeri Awam.
“Berdasarkan kepada peraturan Mesyuarat 44 (5) seseorang ahli digantung hendaklah di arah keluar dari mesyuarat.
“Dan selepas itu dinyatakan 14 Oktober hari pertama persidangan, beliau (Machang) hadir ke dewan tidak duduk di tempatnya, tetapi beliau mengambil tempat di Galeri Awam, tempat orang kampung ceruk mana pun boleh duduk di sini.
“Tetapi Speaker mengatakan Machang digantung enam bulan, tidak boleh duduk dalam Galeri Awam. Bahagian apa boleh duduk di Galeri Awam? boleh tanya ke di situ? Tidak boleh.
“Apakah kerajaan menunjukkan satu lagi tindakan untuk mengikis peranan yang dimainkan pembangkang ini?,” soalnya.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Noor yang mempengerusikan mesyuarat menjelaskan bahawa beliau tidak boleh melangkaui keputusan yang telah dibuat oleh Speaker, Tan Sri Johari Abdul.
“Autoriti keputusan adalah Speaker dan saya tidak boleh over right melainkan di majlis ini mempunyai hierarki of court, saya masih surveillance kepada Speaker. Keputusan itu berpandukan perkara 44 dan keputuan itu juga berpandukan surat ini, dan saya tidak kaan buat keputusan.
“Saya membenarkan untuk dibangkitkan semula bila dipengerusikan Speaker,” jelasnya.
Sebelum ini, Wan Ahmad Fayhsal Wan digantung menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan, susulan dakwaannya mengenai surat layang dikatakan mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).