Situasi Laut China Selatan selamat, aset maritim China lebih kepada pengawal pantai bukan kapal perang – Adly

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kehadiran aset maritim China di Laut China Selatan adalah lebih kepada pasukan pengawal pantai bukannya kapal perang.

Justeru, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari mengesahkan, situasi keselamatan di Laut China Selatan adalah selamat, terkawal, kekal bebas dan terbuka kepada komuniti maritim.

“Walaupun kehadiran kapal China mencetuskan polemik namun sehingga hari ini mereka tidak melakukan sebarang tindakan agresif seperti di Vietnam.

Pun begitu, Adly menegaskan, Kementerian Pertahanan tetap komited dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan negara serta memastikan kesiap siagaan aset berada di tahap optimum dalam menghadapi sebarang bentuk ancaman keselamatan negara.

Beliau berkata demikian Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, pada Isnin menjawab soalan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) mengenai sejauh mana keselamatan perairan Malaysia di Laut China Selatan terjamin susulan pencerobohan kapal frigat tentera China dan Pengawal Pantai China di Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di Wilayah Maritim Sarawak.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat