Larangan berada di Dewan Rakyat: “Adakah saya satu ancaman?” – Wan Ahmad Fayhsal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa reformasi Parlimen Kerajaan Madani lebih zalim berbanding era pemerintahan Datuk Seri Najib Razak.

Dakwaan beliau itu susulan tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengutus arahan yang menghalang Wan Ahmad Fayhsal berada di Dewan Rakyat termasuk Galeri Awam dan tempat pegawai bertugas ekoran digantung daripada perkhidmatan Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa Pilihan mulai Khamis, 18 Julai 2024 hingga Sabtu, 18 Januari 2025.

“Tuan Yang Dipertua Dewan (Speaker Dewan Rakyat) tiada hak nak halang masuk Galeri Awam atau tempat pegawai. Peraturan Mesyuarat yang mana jelaskan hal tersebut? Tuan Yang Dipertua Dewan tidak boleh halang pergerakan bebas mana-mana individu yang ada kebenaran masuk ke blok utama dan apatah lagi Ahli Parlimen yang sah dipilih oleh rakyat.

“Bukankah saya sudah dihalang dari duduk di kerusi Ahli Parlimen dan halang dari saya mengambil bahagian dalam perbahasan cukup. Kenapa nak halang pergerakan bebas saya pula?

“Duduk di galeri awam bukan boleh bercakap pun. Sebagai Ahli Parlimen yang dipilih, Ahli Parlimen berhak untuk tahu apa yang dibincang oleh ahli-ahli Dewan yang lain. Kalau dia kata suruh tengok televisyen, apa masalahnya kalau saya pergi menonton dan mendengar sidang di Galeri Awam dan tempat pegawai. Apa beza? Saya tetap tidak boleh bercakap,” bidas Ketua Armada Bersatu itu dalam kenyataan media pada Isnin.

Tambah beliau, pada Mac 2018, bekas ahli Parlimen Gelang Patah (Tan Sri) Lim Kit Siang sendiri digantung 6 bulan seperti dirinya.

“Tetapi beliau tidak pula dilarang duduk di Galeri Awam dan tempat pegawai bertugas? Malah Kit Siang dibiarkan duduk dalam Dewan Rakyat, hadir dalam Majlis tanpa diberi ruang bercakap.

“Kenapa reformasi Parlimen Madani jauh lebih zalim berbanding Parlimen zaman Datuk Seri Najib Razak memerintah? Inikah makna sebenar Reformasi yang Pakatan Harapan (PH) ingin bawa? soal Wan Ahmad Fayhsal.

Dalam surat Johari bertarikh 15 Oktober itu, Wan Ahmad Fayhsal hanya dibenarkan berada dalam pekarangan Kompleks Parlimen dan mengikuti persidangan Dewan Rakyat melalui siaran langsung yang dipaparkan.

Untuk rekod, Wan Ahmad Fayhsal digantung susulan dakwaannya mengenai surat layang dikatakan mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat