Tiada Insentif Air Kepada Pengguna Terjejas

- Advertisement -

SHAH ALAM – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) tidak bercadang memberikan insentif air kepada pengguna yang terjejas susulan pencemaran Sungai Selangor, Ahad lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman berkata, pihaknya tidak akan mempertimbangkan cadangan itu kerana henti tugas empat Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Selangor bukan disebabkan kesalahan yang dibuat oleh Air Selangor.

“Gangguan bekalan air ini adalah disebabkan oleh tindakan jenayah oleh penjenayah alam sekitar dan jadi kita tak akan pertimbangkan,” katanya semasa sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu beliau bersama Exco Perumahan dan Kesejahteraan Bandar serta Pembangunan Usahawan yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail menyampaikan sumbangan air kepada penduduk Rumah Pangsa Rimba Jaya, Seksyen 16, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Suhaimi menegaskan sebanyak 715 kawasan telah pulih manakala 577 kawasan pula masih lagi dalam proses pemulihan bekalan sehingga pukul 4.30 petang tadi.

Justeru, beliau menjangkakan bekalan air akan pulih sepenuhnya dan disalurkan kepada 1.2 juta pemilik akaun Air Selangor di seluruh Lembah Klang, seawal pukul 8 pagi, Khamis ini.

“Setakat tahun ini, LRA Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan Rantau Panjang telah dihenti tugas sebanyak enam kali,” ujarnya.

Mengulas mengenai pencemaran tersebut, Suhaimi berkata, Air Selangor menyerahkan siasatan kes berkenaan kepada polis dan Jabatan Alam Sekitar (JAS). -K!ONLINE

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat