Peranti pintar kelas permainan taruhan baru Lenovo

- Advertisement -

Pengguna generasi baru pada hari ini sememangnya cenderung untuk memiliki peranti pintar kelas permainan dan permintaan untuk segmen peranti itu semakin tinggi.

Terbaru, Lenovo melancarkan peranti pintar kelas permainan mereka iaitu Legion Phone Duel yang menggunakan spesifikasi paling maju untuk talaan permainan lebih baik.

Lenovo Legion Phone Duel ini menggunakan pemproses kelas mercu milik Qualcomm Snapdragon iaitu siri 865+ yang dipadankan bersama keupayaan memori (RAM) 12GB hingga 16GB berdasarkan variasi pilihan pengguna.

Sesuai dengan kelas permainan, Lenovo turut memadankan sistem paparan dengan kadar segar semula 144Hz selain bateri berkapasiti 5,000mAh.

Peranti ini menyokong pengecasan pantas 90W bagi variasi peranti dengan storan 512GB atau pengguna boleh memilih variasi lain yang mempunyai 256GB storan.

Bagaimanapun, sedikit kekecewaan apabila Lenovo Legion Phone Duel tidak mempunyai sistem penarafan habuk dan air (IP) sekali gus menimbulkan tanda tanya berhubung prestasi jangka panjang peranti itu.

Walaupun padanan spesifikasi nampak memberi jaminan, namun ciri-ciri khusus terutamanya penarafan ketahanan berkenaan menjadi elemen penting buat pengguna hari ini.

Bagi tetapan kamera, ia hadir dengan lensa berkembar 64 Megapiksel (MP) bersama 16MP.

Peranti ini ditawarkan pada harga RM3,399 untuk variasi peranti memori 12GB bersama 256GB dan RM3,999 untuk storan 512GB serta 16GB RAM.

Telefon pintar ini dikatakan akan disertakan dengan sistem penyejuk tambahan terutamanya kepada pengguna yang sememangnya mahukan tempoh permainan panjang tanpa perlu risau peranti mengalami kepanasan.

 

Spesifikasi Lenovo Legion Phone Duel

Pemproses: Snapdragon 865+

RAM: 12GB hingga 16GB

Storan: 265GB hingga 512GB

Bateri: 5,000mAh

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat