Anak Ahmad Dhani nak kahwin muda

- Advertisement -
Jakarta: Biarpun baru berusia 21 tahun, anak kepada anggota Dewa 19, Ahmad Dhani iaitu El Rumi bersedia untuk menamatkan zaman bujang pada usia muda.

Menerusi temubual dalam program Okay Boss, El Rumi berkata, dia mahu mengikut jejak langkah bapanya itu.

“Sekarang saya berusia 21 tahun, kalau umur 24 itu muda lagi tak? Ikut rancangan (kahwin) umur 24 atau 25 tahun, tapi bonda kata masih muda, ayah dulu nikah umur 24 tahun dan punya anak setahun kemudian,” katanya.

Terdahulu hubungan cinta El Rumi dengan pelakon Marsha Aruan dilaporkan sudah berakhir, baru-baru ini.

El Rumi bagaimanapun berkata, pintu hatinya masih terbuka untuk mencari pengganti dan tidak pernah serik bercinta.

Semasa siaran program terbabit, El diminta menghubungi ibunya, Maia Estianty dan bertanyakan mengenai permintaan berkahwin awal.

Kata Maia, El seorang ‘playboy’ dan memiliki banyak kekasih seperti pengacara program berkenaan iaitu Raffi Ahmad.

“Dia banyak kekasih. Ingat Raffi Ahmad saja yang boleh. Kalau Ahmad itu masih banyak, Ahmad El Rumi pun begitu maksudnya,” katanya.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat