Penemuan Amber Purba 112 Juta Tahun di Ecuador Bongkar Kehidupan Serangga Era Dinosaur

Para saintis menemui sekeping amber (getah pokok fosil) berusia sekitar 112 juta tahun di Ecuador yang mengandungi fosil serangga seperti lalat, nyamuk, kumbang, dan lainnya — satu gambaran ekosistem dari tempoh Kretaseus ketika dinosaur masih menguasai bumi. 

Amber tersebut ditemui di sebuah kuari berhampiran bandar Archidona di Provinsi Napo, Ecuador, yang terletak di dalam hutan Amazon. Potongan amber itu juga mengandungi separa dari jaring labah-labah , dan tumbuhan fosil dijumpai di sediment berdekatan. 

Penemuan ini sangat penting kerana hampir kesemua deposit amber yang pernah ditemui sebelum ini dianggarkan berada di Hemisfera Utara. Amber di Ecuador ini pula adalah deposit amber paling besar dari zaman dinosaur yang ditemui di Amerika Selatan. 

Daripada spesies-serangga yang ditemui adalah agas, kutu daun, tebuan , lalat caddis dan kumbang. Ada juga unsur tumbuhan berbunga (angiosperma) dalam flora sekitar, menunjukkan bahawa pada masa itu tumbuhan berbunga sudah mula menguasai beberapa kawasan.

Seekor lalat daripada keluarga Chironomidae iaitu agas yang tidak menggigit dilihat terperangkap dalam amber Reuters

Para penyelidik berkata bahawa penemuan ini membuka sebuah “tingkap ke masa lalu” tentang bagaimana perubahan ekosistem berlaku di benua Gondwana — benua purba yang merangkumi kawasan seperti Amerika Selatan, Afrika, Antartika dan lain-lain sebelum ia berpecah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat